Header Ads

Bagaimana Air Hirisan Lemon Boleh Membantu Menurunkan Suhu Badan Baby

Melalui beberapa kajian yang telah dilakukan oleh pihak berkenaan berkaitan Lemon sememangnya salah satu buah yang memberikan banyak kelebihan kepada manusia dari segi perubatan.

Terbaru Lemon digunakan untuk mandian baby bagi menurunkan suhu panas badan baby dengan cepat dan mujarab. Perkongsian menarik ini dikongsikan oleh saudari Nur Syamsina melalui Facebook beliau. Seperti yang diceritakanya seperti berikut:


Salah seorang baby di Taska mengalami Mild Fever, jadi, hari ini dia ingin menggunakan rawatan semulajadi untuk turunkan suhu badan baby yang panas. Katanya mandian Lemon dapat membantu menurunkan suhu badan pada tubuh baby dengan cara yang sangat mudah dan juga senang untuk dipraktikkan di rumah.

Caranya:

  1. Tuang air ke dalam besen atau bekas yang besar untuk mandian baby
  2. Masukkan hirisan-hirisan lemon mengikut kadar yang anda suka
  3. Ketika mandi, ramas-ramaskan lemon di dalam air dan lumurkan pada badan baby
Katanya, selepas mandian lebih kurang dalam 10 minit berendam, suhu badan baby akan turun seperti sediakala. In sha Allah.

Menakjubkan bukan? Rupanya ubat seperti ini boleh saja didapati di rumah. Kongsikan kepada mereka yang memerlukan.

No comments

Powered by Blogger.