Header Ads

Ramai Tawarkan Untuk Membeli Si Tuah Kucing Yang Bermuka Dua


#KUALA NERUS: Kucing bermuka dua jadi viral dan ramai yang ingin membelinya sejak cerita berkaitan dengannya heboh diperkatakan di media sosial Malaysia dan ramai orang Malaysia meminati dengan kucing yang sangat ajaib ini.

"Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang, di sini.

#Bagaimanapun, gadis itu sudah membuat keputusan untuk membelanya dan berharap ia dapat membesar dalam keadaan sihat seperti kucing lain.

#Menurut Ruzaihaa, ketika kucing itu dilahirkan Sabtu lalu, dia menyangkakan anak kucing yang baru dilahirkan itu sudah mati, namun terkejut apabila ia mengiau sebaik diangkat.

#Ruzaihaa juga menjelaskan "Ibu kucing berkenaan yang dipelihara sejak setahun lalu, turut melahirkan seekor lagi anak kucing yang normal," katanya seperti yang diceritakan melalui BH Online

#Jelas Ruzaihaa lagi, walaupun dia agak terkejut melihat keadaan rupa kucing itu yang pelik, dia tidak akan membiarkannya mati walaupun ibu kucing itu membiarkan anaknya bersendirian.

#"Bimbang ia tidak dapat bertahan lama, Ruzaihaa mencari susu formula dan membawanya ke Klinik Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk mendapatkan rawatan untuknya.

#"Alhamdulillah, keadaan anak kucing ini bertambah sihat dan klinik memberi ubat sapu bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya yang memberikan kucing itu nama Si Tuah.

#Mengikut penjelasan dari Pegawai Perubatan Veterinar Kuala Terengganu, Dr Khairul Anwar Mohamad, berkata kes kucing bermuka dua itu dirujuk kepada pihaknya Ahad lalu dan pemeriksaan biasa mendapati kucing itu tidak mengalami sebarang masalah cuma ia bergantung kepada ketahanan badan 100 peratus untuk terus hidup.

#"Mengikut rekod, kejadian ini adalah yang pertama di negeri ini dan sesuatu yang luar biasa. Bagaimanapun, jika kucing ini dijaga dengan baik dan diberi makanan bersesuaian, ia mungkin boleh bertahan lama," katanya. - Trendingkatanya.blogspot.com



No comments

Powered by Blogger.