Header Ads

Tips Yang Amat Berkesan Untuk Mudah Bangun Pada Waktu Subuh

Bagaimana Tips Mudah Untuk Bangun pada waktu subuh ini sangat mudah dan amat berkesan kepada sesiapa sahaja yang mempraktikkannya. Ya sangat-sangat berkesan.


Tips Untuk Mudah Bangun Subuh


#Suruh manusia yang kejut anda. Bukan gajet !

#Ok bagi yang agak liat bangun subuh,sis sarankan korang hired seseorang yang anda boleh harapkan.

#Mak sis adalah manusia yang paling sis respect sebab tak payah suruh dia kejutkan pun, dia nanti mai gegaqkan mimpi indah sis. Cara-cara yang dia guna untuk kejut sis pun,boleh tahan dasyat yakmattt..

#1. Guna KATAK letak dekat muka sis. Sis memang paling tak boleh blah dengan katak. Bukan katak kodok yang gerutu tu dia guna.. Katak puru yang licin dan sejuk tu! Katak tu kan jarang lompat. Lepastu mak sis pura2 lah kejut sis bangun subuh. Sis buka je mata terus melompat! Aduhhmakkkk mmg terus pegi toilet ambil wudu'.

#2. Pasang RADIO ditahap maksimum. Mak sis cerdik, dia takkan guna lagu biasa2. Mak sis takkan pasang lagu hindustan sebab dia tau sis peminat tegar hindustan. Dia pasang lagu tamil di tahap maksimum. Yeahh as we know, lagu2 tamil sangat rancakkk. Radio agak jauh dari katil sis. Maknanya sis memang kena bangun tutup. Dah alang2 bangun tu,sis terus ambil wudu'.

#3. Letakkan KETUL AIS dalam baju. Korang tau tak ketul ais yang dibuat dalam bekas tupperware tu? Bukan ketul ais kecil2 tu. Bila dah sis tersedar, habis basah baju sis. Maknanya memang sis kena bangun jgk tukar baju. Lalu sis pun pergi toilet ambil wudu'.

#4. Buka KIPAS maksimum! Ni mesti korang pelikkann. Selalunya org tutup kipas. Sis memang jenih tak tahan sejuk. Tidoq xdak kipas pun sis steady ja. Tak percaya tanya roomate sis,azila ayub. Kekeke. Sis cari selimut takdak atas katil. Maknya sekali lagi sis kena bangun tutup kipas dan sis pun terus pergi toilet ambil wudu'.

#5. IQAMAT ditelinga dan sedikit kata2 sindiran yang menusuk kalbu. Cara ni cara paling haluih yang mak sis guna. Ayat last tuu paling power. "Kak oiii.. Hang nak tidoq kat dunia ni lama2, sat lagi tidoq selama2 nya kott" . Takut sis dengaq weyy..kang tak sempat pulak sis nk taubat! Lalu sis pun pergi ke toilet ambil wudu'.

#Haa itu sahaja tips dan pengalaman sis. Pengalaman korang pulak acanorrrr? Cerr citerr.. Muahahaha.

#Tips mudah bangun waktu subuh ini dikongsikan oleh Saudari Effa Asyifa melalui FBnya.

No comments

Powered by Blogger.