Header Ads

Kisah Inspirasi Daripada Seorang Cleaner Pencuci Tandas Kini CEO Yang Disegani

Bagaimana seorang lelaki yang berkerja sebagai Cleaner Pencuci Tandas akhirnya menjadi seorang CEO yang sangat disegani ramai orang.


Kisah inspirasi ini mungkin akan menyuntik semangat kepada sesiapa saja yang membaca kisah ini hingga ke noktah terakhir. Setiap sesuatu yang diciptakan Tuhan adalah tidak salah apatah lagi kepada manusia. Andai ada yang memikirkan dirinya tidak akan mungkin berjaya dan juga banyak kekurangan diri, sebenarnya individu tersebut belum mencari kelebihan yang ada dalam dirinya.

Dikenali sebagai Zaidi Bin Harun, seorang lelaki biasa dari keluarga sederhana nun jauh di utara. Mengorak langkah setelah tamat pengajian di menara gading. Berhempas pulas untuk mendapatkan kerja bagi menyara diri dan keluarga. Namun nasib tidak menyebelahi walaupun segulung ijazah bersama.

Zaidi tidak pernah berputus asa dan mencari kerja tanpa memilih jawatan dan jenis perkerjaan. Akhirnya kerja sebagai Cleaner dan pencuci tandas yang ada ketika itu, Zaidi tetap bekerja demi mencari pendapatan tanpa mengira angka gaji.







Masa terlalu cepat berlalu dan terlalu banyak kepayahan yang dihadapi untuk meneruskan kehidupan. Pekerjaan bertukar ganti dan akhirnya Zaidi dapat menjawat jawatan kerajaan sehingga jawatan terakhir Zaidi iaitu Penolong Pengarah AADK (Agensi Anti Dadah) sebelum membuat keputusan untuk berhenti.

Kini Zaidi mampu menarik nafas lega apabila telah memiliki syarikat dan anak syarikat dengan titik peluh sendiri. Zaidi Harun adalah CEO MAHZ Company dan Printing Star 1912 adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya yang mencetak segala jenis pakaian dan kini semakin berkembang menjadi kilang menjahit dan mencetak sekaligus serta menjadi pembekal untuk tender kerajaan.




INSPIRASI: Setiap ujian yang dilalui harus dihadapi dengan sabar serta jangan terlalu memilih setiap kerja yang datang demi sesuap nasi. Matlamat dan cita-cita harus ada dalam setiap orang. Melangkah ke depan tanpa menoleh ke belakang, in sha Allah berkat kesabaran dan doa, kita dapat apa yang diimpikan namun, kita mampu merancangan tapi perancangan Allah lebih baik daripada yang kita harapkan.

No comments

Powered by Blogger.