Header Ads

Bayi Comel Ditinggalkan Di Masjid Bersama Nota Mungkin Dari Ibunya

Seorang bayi comel yang sihat dan sempurna ditinggalkan oleh seseorang di kawasan Masjid Al Hidayah, Taman Melawati, Kuala Lumpur. Bayi sihat ini diletakan di dalam kotak dan sekeping nota ditinggalkan yang berkemungkinan nota itu daripada ibu bayi tersebut.

Kes Buang Bayi

Nota yang ditinggalkan seperti berikut:

Assalamualaikum,
Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016.
Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu.
Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu.
InsyaAllah jika punya jodoh kita akan berjumpa.

Bayi Comel

Pasti sedih dan sayu bila anda membaca nota yang ditinggalkan bersama bayi comel yang tak berdosa ini. Semoga kes ini jadi viral dan ibunya datang mengambil semula bayi ini dan semoga bayi ini menjadi anak yang soleh dan syukur kerana telah diselamatkan oleh orang ramai.

No comments

Powered by Blogger.