Header Ads

Hidang Kopi Yang Bercampur Darah Haid dan Seluar Dalam Kepada Majikan Pembantu Rumah Ditahan

Khafi, Arab Saudi - Seorang wanita iaitu pembantu rumah yang berasal dari Indonesia telah ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi pada petang, Sabtu, 5 November 2016 kerana didapati bersalah dengan menghidangkan kopi yang bercampur darah haid dan juga seluar dalam kepada majikannya, lapor Tribun.

Hidang Kopi Haid Seluar Dalam

Jurucakap polis wilayah timur, Komisioner Ziad Al-Rualiti berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang Sabtu, 5 November dari seorang majikan berhubung kejadian itu.

"Ketika memasuki rumah pengadu, polis menemui bekas yang berisi air kopi yang dicampurkan dengan seluar dalam," katanya.
Ziad berkata, ekoran itu, anggotanya segera mencari wanita berkenaan di sekitar rumah majikannya sehingga dia ditemui di tempat persembunyiannya.

Ketika pembantu rumah itu berjaya ditangkap, majikan berkenaan sempat merakam dan menyuruh wanita itu meminum kopi yang tercemar dengan seluar dalam dan darah haid itu sehingga habis.

"Suspek yang dibawa ke balai untuk soal siasat. mengaku melakukan perbuatan yang menjijikkan itu agar majikannya dapat menerima dan menyayangi dirinya sebagai pembantu rumah di kediaman itu," katanya.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.