Header Ads

Kanak-Kanak Mangsa Dera Dipaksa Makan Nasi Berlaukkan Lipas Goreng

Georgetown: Seorang kanak-kanak mengalami kecederaan teruk kerana telah dipukul dengan teruk serta disuruh memakan nasi berlaukkan kicap dan lipas goreng oleh seorang lelaki iaitu teman lelaki ibunya di Bukit Gambir, Georgetown, Pulau Pinang.

Lipas
Gambar Hiasan - Sinar Harian

Lapor Sinar Harian; Difahamkan, suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi untuk membantu siasatan.

Menurut sumber, lelaki berusia 36 tahun itu turut didakwa memberi mangsa makan nasi berlaukkan kicap dan lipas yang digoreng.

Sumber berkata, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan akibat dipukul suspek.

Suspek dikatakan menggunakan pembaris kayu untuk memukul mangsa.

Tambah sumber lagi, mangsa dipukul menggunakan pembaris kayu kira-kira 100 pukulan sehingga mengakibatkannya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan, kejadian itu hanya disedari Isnin lalu selepas mangsa dibawa ibunya menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menurut sumber lagi, selepas membuat pemeriksaan, doktor berkenaan melaporkan kepada polis berhubung kejadian itu.

"Selain penahanan suspek, polis turut merampas pembaris kayu sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

"Mangsa dipukul sejak 1 November hingga 5 November lalu kerana didakwa terlalu nakal dan suka bercakap bohong," katanya.

Dikatakan ibu mangsa hanya melihat kejadian itu dan menganggap suspek hanya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan laporan tangkapan terbabit.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen  31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.