Header Ads

Kejam!! 5 Ekor Kucing Mati Serentak Termakan Makanan Beracun

Menyedihkan apabila melihat binatang kesayangan iaitu kucing sedang nazak mati di depan mata. Bukan seekor yang mati tapi 5 ekor sekaligus mati kerana dikatakan makan makanan yang diletakkan racun oleh seseorang.


Seperti yang ceritakan oleh pemilik kucing-kucing ini melalui Harian Metro, Chris Swit berkata, "Saya tidak sangka kucing yang sudah dianggap seperti anak sendiri itu mati dalam keadaan menyedihkan.

"Tak tahu nak gambarkan perasaan ketika ini dan apa yang saya boleh katakan, semoga perbuatan ini mendapat pembalasan," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Chris Swit, 44, selepas lima kucing kesayangannya mati dipercayai akibat termakan makanan yang diletakkan racun kira-kira 8 pagi, semalam.

"Saya terkejut dan segera pulang dan ketika sampai di rumah iaitu kira-kira 9 pagi saya mendapati empat kucing saya sudah mati manakala satu lagi berada dalam keadaan lemah dan mulut berbuih sebelum turut mati tidak lama kemudian.

"Saya juga mendapati dua lagi kucing hilang dan sehingga kini belum ditemui,"

Chris berkata, mungkin ada seseorang yang memberikan makanan beracun itu kepada semua kucing-kucingnya.

Semoga si pelaku ini mendapat balasan yang setimpal dan dapat diberkas dengan segera. Perkara ini harus dipandang serius agar tidak ada lagi perkara seperti ini akan berlaku lagi.

Saksikan bagaimana saat-saat kucing ini mati dengan keadaan yang amat menyedihkan. Video ini telah pun jadi viral di facebook.

No comments

Powered by Blogger.