Header Ads

Kerana Dadah Seorang Ibu Sanggup Tinggalkan Anaknya Di Tepi Jalan

Miri : Seorang ibu muda cuai kerana telah meninggalkan anak perempuannya seorang diri di tepi jalan kerana dipercayai positif dadah. Kanak-kanak tersebut telah dijumpai oleh orang ramai pada jam 10 pagi di Jalan Bulan Sabit, Miri, lalu diserahkan kepada Balai Polis Pusat, Miri.


Lapor Harian Metro; Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, ibu kanak-kanak itu kemudiannya datang ke Balai Polis Pusat Miri bagi menuntut anaknya.

Bagaimanapun, menurutnya menahan wanita itu kerana cuai serta terbabit dalam salah guna dadah.

"Ujian air kencing mendapati suri rumah itu positif dadah jenis amphetamine," katanya.

Kanak-kanak itu kini ditempatkan di rumah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri untuk sementara waktu dan kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta Kanak-kanak 2011.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.