Header Ads

Mayat Budak Lelaki Berusia 2 Tahun Ditemui Mati Dalam Tong Ikan Akibat Didera Teman Lelaki Ibunya

Mayat kanak-kanak lelaki berumur 2 tahun ditemui mati di dalam tong ikan dipercayai telah didera oleh teman lelaki ibunya sendiri. Berita telah tersebar dan viral satu Malaysia.


Polis Kuala Muda menerima aduan berhubung kes pergaduhan di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, awal Khamis lalu, telah membongkarkan kes penderaan kanak-kanak perempuan yang berusia empat tahun dan membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dua tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata, mayat kanak-kanak malang itu telah ditemui berbalut dengan sehelai selimut toto dan juga disorokkan di dalam tong yang berada di dalam bilik di rumah terbabit.

"Kanak-kanak perempuan tersebut yang mengalami kecederaan parah, telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut," katanya.


Amat mengejutkan apabila ibu mangsa juga turut memaklumkan bahawa seorang lagi anak lelakinya yang berusia dua tahun turut dipukul sebelum ini sehingga mati oleh individu sama dan meninggal dunia pada 9 November lalu.

Md Zukir berkata pemeriksaan lanjut kemudiannya membawa kepada penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki dibalut dengan toto dan disorokkan di dalam tong..

"Siasatan awal mendapati ibu mangsa dan teman lelakinya telah mendera mangsa dan si mati.

"Ujian saringan air kencing juga dilakukan ke atas kedua-dua suspek dan mendapati mereka positif dadah amphetamine," katanya.

Susulan itu polis menahan seorang lelaki yang berusia 34 tahun dan juga ibu mangsa berusia 26 tahun di flat terbabit pada pukul 6 pagi tadi bagi membantu siasatan lanjut. Laporan dari mStar Online

No comments

Powered by Blogger.