Header Ads

Percutian Menarik Seperti Di Luar Negeri Di UK Farm Agro Resort Kluang Johor

Percutian Yang Menjanjikan Seribu Kenangan Umpama Berada Di Luar Negara. Anda pasti teruja jika pertama kali datang ke sini kerana pemandangan di depan mata sungguh cantik dan mempesonakan mata yang memandang. Dengan kehijuan alam semula jadi, deru angin yang menghembus serta burung berkicauan dan kambing kambing yang sedang meragut rumput, pasti membuatkan anda seronok melihat suasana ini.

UK Farm Agro Resort

UK Farm Agro Resort juga dikenali sebagai UK Farm merupakan sebuah pusat pelancongan di bawah Projek Pertanian Moden dan juga di bawah pemantauan Kementerian Pertanian Malaysia yang terletak di Kluang, Johor.

UK Farm merupakan ladang terbesar di Malaysia dalam penternakan kambing dan bebiri dengan keluasan ladang 100 ekar tanah yang mempunyai kapasiti 6000 ekor kambing dan bebiri. UK Farm sangat sesuai untuk anda lawati secara berkumpulan sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan dengan pakej percutian yang ditawarkan.


Terdapat banyak tarikan untuk anda lawati seperti Kilang Proses Makanan Kambing, Kandang Kambing dan Bebiri, Kilang Proses Susu Kambing, Kolam Itik, Kawasan Penternakan Ayam Kampung, Taman Burung Unta, Kampung Orang Asli, Ladang Buah Markisa, Mini Zoo, Taman Lavender dan banyak lagi.

Anda berpeluang untuk melihat acara melepaskan bebiri secara berkumpulan ke padang ragut. Selain itu anda juga boleh melakukan aktiviti seperti memberi haiwan makan, menunggang kuda, cabaran menangkap kambing, safari malam, aktiviti DIY dan aktiviti malam seperti bbq, melepaskan tanglung dan sebagainya.


UK Farm juga menawarkan tempat penginapan selesa 2 Hari 1 Malam atau 3 Hari 2 Malam. Anda boleh memilih untuk menginap di chalet atau dormitori yang disediakan yang berkonsepkan rumah panjang. Terdapat pelbagai kemudahan lain seperti restoran, bilik persidangan, kedai serbaneka, pentas terbuka, tapak perkhemahan dan sebagainya.


UK Farm juga mempunyai produk sendiri yang berasaskan susu kambing berkualiti seperti kopi, losyen, syampu dan lain-lain lagi . Untuk tempahan produk, juga boleh dibuat melalui panggilan telefon. Jadikan UK Agro Resort ini sebagai destinasi ideal untuk anda melakukan pelbagai aktiviti rekreasi yang tiada di bandar.

Gambar-Gambar Pemandangan Di UK Farm Agro Resort



Kepada jurugambar yang ingin mengambil gambar pemandangan serta untuk gambar perkahwinan, pakej istimewa khas untuk itu juga ada disediakan. Anda boleh memilih pakej-pakej tersebut melalui UK Farm Agro Resort. Sila hubungi pihak pentadbiran untuk keterangan lanjut.

Untuk tawaran pakej yang disediakan atau promosi, anda boleh merujuk:

Laman web : www.ukfarm.com.my
Facebook : UK Farm Resort

Alamat :
Plot 8, Projek Pertanian Moden Kluang 
KM13, Jalan Batu 
Pahat, 86000 Kluang 
Johor

Map & Waze : UK Farm Agro Resort

Tel : 07-7597555 

Waktu operasi : Setiap hari (9 pagi - 6 petang)

No comments

Powered by Blogger.