Header Ads

Warga Asing Rayu Dilepaskan Selepas Kantoi Rakam Video Wanita Sedang Buang Air Kecil

Gurun, Kedah: Seorang lelaki warga asing melutut merayu-rayu kepada seorang wanita selepas dia didapati bersalah kerana merakam video wanita itu ketika membuang air kecil di dalam tandas di sebuah stesyen minyak , Hentian Rehat dan Rawat Gurun.


Ketika kejadian pada jam 9.45 malam semalam, di tandas sebuah stesen minyak, hentian Rehat & Rawat (RnR) Gurun, arah selatan, mangsa secara tidak sengaja ternampak satu telefon bimbit berwarna hitam di bahagian atas tandas.

"Ketika saya sedang membuang air kecil, saya nampak telefon bimbit berwarna kehitaman sedang merakam saya membuang air kecil. Saya menjerit dengan sekuat hati."

"Ayah saya sedang menunggu di luar dan terdengar saya menjerit, ayah terus masuk ke dalam tandas dan berjaya menangkap lelaki itu," kata mangsa.



Bapa wanita itu berjaya menangkap lelaki warganegara asing itu yang juga merupakan pekerja stesen minyak berkenaan.

Setelah itu, suspek merayu dan melutut agar dirinya dilepaskan namun rayuannya tidak diendahkan. Kes ini telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. Kes ini juga telah viral dan tersebar dengan cepat. Semoga jadi pengajaran kepada mereka yang suka mengintai.

Sumber

No comments

Powered by Blogger.