Header Ads

Alat Sulit Budak 9 Tahun Terputus Ketika Berkhatan Gunakan Gunting

Kuala Lumpur - Seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dipercayai kehilangan alat sulitnya ketika proses berkhatan dilakukan dan terdapat kesilapan semasa proses itu dijalankan.

Terdahulu seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terputus alat sulitnya ketika berkhatan menggunakan laser dan pada 15 Disember 2016 seorang kanak-kanak terputus alat sulitnya ketika berkhatan menggunakan gunting di sebuah klinik di Jalan Ipoh, ini adalah kes kedua dalam tempoh seminggu.



Menerusi peguam Hindraf P Uthayakumar berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses penyambung semula kepala kemaluannya.

Namun proses tersebut telah gagal dan kemaluan kanak-kanak itu bertukar menjadi hitam yang membuatkan pihak doktor tidak mempunyai pilihan lain kecuali memotongnya.

"Lebih malang kes ini berlaku ke atas seorang kanak-kanak yang susah.  Dia sangat muda dan tidak tahu apa yang telah berlaku," kata Uthayakumar pada sidang media berhubung kes ini pada Jumaat.

Terdahulu pada Selasa lalu, kepala alat sulit seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun terpotong semasa proses berkhatan secara laser di sebuah klinik di Taman Cheras Utama.

Selepas prosedur tersebut selesai, doktor telah memberitahu kepada bapa kanak-kanak itu bahawa dia tidak sengaja terpotong kepala kemaluan anaknya.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan dan kemudian telah dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pembedahan penyambungan semula .

Mstar Online melaporkan, pembedahan itu telah berjaya.

Sumber: Mstar Online

No comments

Powered by Blogger.