Header Ads

Apakah Hukum Jika Membunuh Isteri Atau Kakak Sebelum Mereka Dirogol Di Depan Mata

Mungkin kita tidak sesekali terfikir untuk bertanyakan soalan begini, bagaimanapun amat berbeza dengan situasi yang dihadapi oleh mereka yang tinggal di daerah Aleppo, Syria yang sedang menghadapi situasi sukar.


Disebabkan bimbang dan risau dengan kekejaman yang akan berlaku kepada ahli-ahli keluarga tersayang lebih-lebih lagi kaum perempuan, seorang lelaki telah berfikir sehingga terkeluarnya soalan sebegini.

Soalan ini telah ditanyakan oleh seorang lelaki kepada ahli agama terkenal di sana iaitu Muhammad Al Yaqoubi.

"Kami menerima soalan ini dari Aleppo, adakah boleh jika seorang lelaki membunuh isteri dan kakaknya sebelum dia dirogol oleh tentera Assad di hadapannya?"

Di bawah ini adalah jawapan daripada beliau;


"Adalah haram membunuh di atas sebab takut dirogol atau pun membunuh diri. Kesabaran itu sangat penting dan ganjaran menanti di akhirat nanti."

Kenyataan di atas amat meruntun hati bila anda membacanya. Bersamalah kita berdoa agar saudara seagama kita selamat dan sabar menghadapi ujian ini.

No comments

Powered by Blogger.