Header Ads

Bapa Terpaksa Mencuri Untuk Dapatkan Segala Keperluan Sekolah Anak

Seorang bapa yang mempunyai tiga anak telah ditahan selepas didapati bersalah mencuri barangan makanan dan beberapa keperluan sekolah anak yang bernilai RM415.06 di sebuah pasaraya di Taman Bukit Indah.


Suspek adalah seorang tukang masak di sebuah jabatan kerajaan dan telah bekerja di situ sejak 13 tahun lalu.

Bapa tiga anak ini juga telah gagal menunjukkan resit pembayaran untuk semua barangan yang telah ditemui bersamanya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, "suspek telah ke pasar raya itu bersama anak sulung lelakinya yang berusia 13 tahun."

"Dia juga mencuri makanan dan barangan bernilai RM415.06 termasuk makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking dari pasar raya tersebut."

"Pengawal keselamatan pasaraya mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan dan memintanya mengemukakan resit pembelian barangan."

"Kemudian beliau gagal menunjukkan resit pembelian dan pengawal keselamatan terus membawa suspek kepada pihak pengurusan untuk tindakan lanjut."


Melalui siasatan tersebut, suspek mengatakan dia terpaksa mencuri kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kesemua keperluan keluarganya.

"Dia juga mendakwa tidak mempunyai wang untuk membeli barangan sekolah untuk anaknya, bagaimanapun kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut," katanya.

"Siasatan lanjut akan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana telah mencuri dalam bangunan dan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis, katanya

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.