Header Ads

Bayi Comel Ditinggalkan Tanpa Pakaian Di Tepi Jalanraya

Bayi baru dilahirkan ditinggalkan di tepi jalan tanpa sebarang pakaian, hanya tuala kecil menutupi keseluruhan badannya.


Di mana perikemanusiaan si ibu? Tergamaknya seorang ibu berbuat demikian terhadap bayi kecil yang tidak berdosa. Di mana rasa kasih sayang dan belas kasihan si ibu?

Kejadian ini telah berlaku di negara Thailand. Bayi comel ini ditemui di tepi jalan raya oleh satu pasangan yang ketika itu melalui jalan berkenaan.

Mereka menyangkakan hanya bungkusan sampah sebaliknya suara tangisan seorang bayi yang memanggil mereka untuk melihatnya dengan lebih dekat.


Betapa kejamnya ibu yang melahirkan bayi ini, sanggup  dia letakkan bayi ini di tepi jalan tanpa baju dan seluar. Kenapa tidak diserahkan kepada orang lain yang mungkin lebih memerlukan anak.

Pasangan ini telah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Kes ini akan disiasat dengan segera dan si pelaku akan dihadapkan ke muka pengadilan.




Sumber: Flaky Substance

No comments

Powered by Blogger.