Header Ads

Beras Palsu Seperti Beras Tulen Buatan China Dirampas

LAGOS - NIGERIA. Beras palsu atau beras plastik yang dikatakan daripada negara tanah besar China kini telah dijual di beberapa negara di Asia termasuk Indonesia, India dan Vietnam.


Terkini, sebanyak 100 bungkusan beras palsu yang dikatakan telah diseludup dari China dan telah dirampas oleh pihak berkuasa kastam di Lagos pada minggu lepas.

Menerusi laporan Shanghaiist, beras palsu ini yang diperbuat daripada plastik dan beberapa bahan lain kerana harga beras sangat tinggi di Nigeria.


Melalui siasatan yang telah dibuat kesemua beg dan bungkusan yang berisi beras palsu itu dengan 50 kilogram berat setiap satu dan berjenama 'Best Tomato Rice' dengan tiada maklumat pengilangan.

Bagaimanapun, beras palsu ini kelihatan seperti beras tulen dan cuba anda bayangkan jika kita termakan beras palsu ini? Dikatakan beras palsu ini diperbuat daripada kentang manis, campuran kentang dan resin sintetik.

Pakar perubatan dan kesihatan berkata sesiapa yang memakan beras palsu ini akan mengalami kompilasi yang serius.

Diharap beras palsu ini tidak akan masuk ke pasaran Malaysia.


Sumber: Sinar Online dan nta.ng

No comments

Powered by Blogger.