Header Ads

Cincin Besi Tersangkut Di Anu, Seorang Lelaki Menderita Selama Lebih 6 Jam

Kuala Lumpur - Lebih enam jam seorang lelaki menahan sakit yang amat sangat apabila cincin tersangkut di kemaluannya.


Lelaki itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada pukul 8 malam tadi untuk mengeluarkan cincin tersebut.

Menurut Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur melalui laporan Harian Metro, Samsol Maarif Saibani, mereka menggunakan alatan pemotong cincin untuk memotong cincin dan mendapati kesukaran untuk mengeluarkan cincin tersebut yang tersangkut di kemaluan lelaki itu.


Katanya, alat pemotong cincin menjadi semakin tumpul kerana pergelangan besi cincin terlalu tebal dan menyebabkan mengambil masa yang agak lama.

Bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah dipanggil untuk mendapatkan peralatan yang sesuai dan akhirnya operasi berkenaan telah selesai pada pukul 4.18 pagi.

Lelaki berkenaan tidak terus pulang kerana dipercayai terus mendapatkan rawatan di PPUM. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.