Header Ads

Hajat Ibu Untuk Melangsungkan Perkahwinan Anak Tidak Kesampaian

MUAR: Impian untuk bersanding dan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan tidak lagi kesampaian apabila terbabit dalam kemalangan ngeri nahas bas ekspres di Muar pada pagi Sabtu.


V. Renugah berusia 25 tahun dan akan berkahwin pada bulan Mac tahun depan di Klang seperti yang dirancangkan.

Abang mangsa, V.Sri Nivasan, 30, menjelaskan mereka terus bertolak ke Muar dari Klang, Selangor, bersama keluarganya apabila mendapat berita kemalangan adiknya pada pukul 10 pagi tadi daripada rakan adiknya.

Laporan dari akhbar Mstar Online, "Saya tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendapat berita kematian adik bongsu saya daripada seorang kenalan yang juga merupakan kawan adik saya," katanya ketika ditemui pemberita di bilik mayat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini.

Suasana pilu menyelubungi perkarangan bilik mayat itu petang ini apabila beberapa keluarga mangsa hadir membuat pengecaman mayat.

Ibu kepada V. Renugah, 25, K. Sinamah, 55, - Foto MStar

Ibu mangsa, K.Sinawah yang ditemani suaminya K.Velauntam, tidak dapat menahan perasaan sedih ketika berada di perkarangan bilik mayat.

Sri Nivasan berkata adiknya yang berusia 25 tahun itu bakal melangsungkan perkahwinan di Klang pada Mac tahun depan.

"Dia yang bekerja di Singapura kerap menceritakan persediaan perkahwinannya kepada saya sebelum ini," katanya.

Abang mangsa berkata mendiang seorang yang peramah dan suka bergurau dengan keluarga apabila balik bercuti ke rumah mereka di Taman Bayu Perdana, Klang.

Ketika mengetahui kejadian tersebut, ibunya sedang menyediakan makanan kegemaran mendiang iaitu kari vegetarian.

"Dengan hanya memberitahu adik terlibat dalam kemalangan tanpa memberitahu situasi sebenar, saya terus bergegas ke Muar dan tiba dalam pukul 1 tengah hari tadi," katanya.

Sri Nivasan berkata dia hanya memberitahu ibunya bahawa adiknya telah meninggal dunia apabila tiba di perkarangan hospital itu. - BERNAMA

Artikel Berkaitan: 14 Maut Kemalangan Bas Di KM138 Lebuhraya PLUS Arah Utara Di Muar Johor

No comments

Powered by Blogger.