Header Ads

Jenazah Pemandu Bas Ekspres Dan Anak Perempuannya Selamat Dikebumikan

Jenazah pemandu bas ekspres, Zakeer Zubir, 32, dan anak perempuannya, Nur Natasha Zahara, 1, yang terbabit dalam kemalangan maut bas ekspres di Pagoh, Muar, Johor semalam, telah selamat dikebumikan di kawasan Tanah Perkuburan Hashim Yahya, Georgetown, pada pagi ini.


Suasana pilu terasa bila kedua-dua jenazah sampai pada pukul 4.50 pagi di perkarangan Masjid Hashim Yahya yang berdekatan dengan tanah perkuburan itu.

Ibu kepada pemandu bas, Rashidah Abdul Rahim, 60, hampir pengsan semasa bacaan Yasin dan Tahlil dilakukan.


Allahyarham Zakeer mempunyai dua anak hasil daripada perkahwinan dengan isterinya Miyarseh iaitu warga Indonesia. Miyarseh terselamat dan masih menjalani rawatan di Hospital Sultanah Fatimah kerana cedera teruk.

Jenazah kedua mangsa nahas bas ekspres ini dikebumikan selepas solat subuh dan seramai 50 anggota keluarganya menghadiri pengkebumian ini untuk memberi penghormatan yang terakhir.


Sumber laporan dari Harian Metro

Artikel Berkaitan:
14 Maut Kemalangan Bas Di KM138 Lebuhraya PLUS Arah Utara Di Muar Johor

No comments

Powered by Blogger.