Header Ads

Kerana Makcik Ni Seorang Cleaner Makcik Ditampar dan Diugut Sesuka Hati Atas Kesalahan Pengguna Itu Sendiri

Makcik hanya seorang cleaner dan tak sepatutnya dia menampar dan mengugut untuk menumbuk makcik atas kesalahan yang dia lakukan sendiri. Tergamaknya seorang manusia yang berpelajaran melakukan sedemikian rupa kepada makcik. Makcik tahu makcik tak kaya seperti dia.


Kes ini berlaku apabila seorang wanita yang berketurunan India mendakwa makcik yang sedang mencuci tandas menyimbahnya dengan air sedangkan perkara yang sebenarnya hanya percikan air.

Kejadian ini berlaku di Stesyen Minyak BHP, Hentian RNR, Pagoh Selatan, Muar, Johor.

Menurut makcik tersebut, papan tanda tandas sedang dicuci telah diletakkan setiap kali rutin mencuci tandas dilakukan. Namun. wanita ini tidak menghiraukan papan tanda tersebut dan terus masuk tanpa mempedulikan tugas makcik ini yang sedang mencuci.


Pertengkaran berlaku apabila wanita ini mendakwa makcik ini sengaja menyimbahnya dengan air dan dia menendang papan tanda itu dengan sombongnya. Secara spontan makcik ini memarahi wanita itu kerana berbuat demikian dan tidak menghormatinya menjalankan tugas. Makcik itu juga mempersoalkan kenapa dia menendang papan tanda itu dan wanita itu mendakwa dia hanya terlanggar tapi jelas makcik itu nampak dia sengaja menendang papan tanda.

Wanita ini berang dan dengan sepantas kilat menampar makcik ini dengan sekuat hati tanpa belas kasihan. Makcik ini juga telah memberitahu pada wanita itu bahawa dia tidak boleh menamparnya sesuka hati namun tidak menghiraukan apa yang diucap oleh makcik cleaner tersebut.

Wanita itu juga dengan sombongnya berkata jika air terkena pada telefonnya dan akan rosak, adakah makcik tersebut mampu untuk membayarnya? Dan dia juga berkata dia boleh menumbuk makcik muka makcik itu hingga berkecai jika dia mahu.

Kata makcik cleaner tersebut, dia telah pun melaporkan kepada polis dan biarlah polis yang membuat siasatan.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku jika ada tolak ansur dan berfikir secara waras, tindakan wanita ini sangat bodoh dan mengundang padah dan pasti akan viral. Kita tunggu apa akan berlaku kepadanya nanti. Semoga dia dihadapkan ke muka pengadilan dan makcik itu juga memohon agar wanita itu memohon maaf di atas tindakan bodoh yang dilakukannya.

Saksikan video CCTV semasa kejadian itu berlaku.


No comments

Powered by Blogger.