Header Ads

Kerapkali Hilang Waktu Kerja, Aku Hina Dia, Rupanya Dia Solat

Hidayah itu milik Allah. Dia memilih sesiapa saja yang Dia inginkan untuk memberi kesedaran dan hidayah supaya mentaatinya yang Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kisah benar ini dikongsikan oleh Arelife Aremine Ir, cerita ini berlaku kepada dirinya sendiri.

Hidayah
Foto dari Arelife Aremine Ir

Setiap hari dan setiap kali waktu kerja, dia hilang entah ke mana. Aku tidak pasti dan tidak tahu apa yang dibuat oleh pekerja Bangla ni.

Satu hari, terdetik dihati aku untuk tahu apa yang dia buat kerana kerap hilang pada waktu kerja. Aku mengekori setiap gerak langkah ke mana dia tujui.

Sesuatu yang amat memeranjatkan aku bila aku ternampak lelaki Bangladesh ini menunaikan solat hanya beralaskan kotak di satu sudut tersorok dan jauh daripada orang ramai.

Aku menyesal dan insaf. Aku selalu memaki, mengherdik, memarahi dan mencaci dia kerana selalu sangat hilang pada masa kerja.

Rupa-rupanya dia pergi berjumpa yang Maha Esa sedangkan aku selalu memikirkan yang sebaliknya. Betapa hinanya diriku di hadapan Mu Ya Allah.

Kau hantarkan seorang Bangla untuk membuka pintu hatiku untuk bersujud kepada Mu. Terima kasih Ya Allah kerana memberi hidayah kepada ku. Aku insaf. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.