Header Ads

Mayat Kanak-Kanak Lelaki Dijumpai Dalam Saluran Paip

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, Riky Dehu, dijumpai maut di dalam saluran paip air di kawasan syarikat perusahaan air mineral di Desa Didingga, Kecamatan Biau Gorontalo Utara, Indonesia.


Tragedi ini berlaku pada hari Sabtu, 10 Disember 2016 pada pukul 3.00 petang ketika mangsa sedang bermain di kawasan itu seperti yang dilaporkan.

Difahamkan ketika kejadian ini hanya mangsa seorang yang bermain di kawasan paip air tersebut. Mayatnya dijumpai oleh orang awam yang ketika itu melalui kawasan berkenaan.

Lebih menyedihkan, mayat mangsa hampir keseluruhan berada di dalam paip dan hanya kaki yng kelihatan.

Sejumlah warga tempatan yang berada di kawasan itu telah memotong sebahagian paip untuk mengeluarkan mayat mangsa.

Kejadian ini masih lagi dalam siasatan polis.



Sumber: Arsil Rahim

No comments

Powered by Blogger.