Header Ads

Mayat Pengantin Hidup Semula Semasa Upacara Pengebumian Dijalankan

Mengikut kepercayaan mereka dua mayat harus dikebumikan bersama untuk tanda perkahwinan namun sesuatu yang amat mengejutkan bila mayat yang dibeli itu hidup semula yang akan membuatkan semua orang yang ada akan bertempiaran lari.


Beijing: Sebuah keluarga terkejut apabila ‘mayat’ gadis yang dibelikan sebagai ‘pengantin hantu’ anak lelaki mereka yang sudah meninggal dunia, tiba-tiba bangun sebelum sempat dikebumikan.

Ibu bapa dari Linzhou, utara China itu secara tidak sengaja membongkarkan sindiket pemerdagangan manusia selepas membeli ‘mayat’ yang rupanya remaja pekak bisu dan berpenyakit mental bernama Zhao Mei untuk ‘dikahwinkan’ dengan anak mereka.

Mengikut adat itu, dua mayat dikebumikan bersama untuk menandakan ada perkahwinan antara mereka.

People’s Daily melaporkan, ibu bapa terbabit membeli ‘mayat’ berkenaan dengan harga 30,000 yuan (RM19,200) sebagai pengantin hantu yang dihiaskan sebelum dimasukkan di dalam keranda.

Ketika majlis pengebumian dijalankan, mereka terkejut mendengar bunyi dari dalam keranda dan apabila membukanya melihat remaja berkenaan masih hidup.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.