Header Ads

Mengapa Penggunaan Handphone dan Make Up Meningkatkan Jangkitan Jerawat Di Muka - Dr Abdul Rahim Nor

Mengapa penggunaan HANDPHONE atau MAKE-UP akan meningkatkan jangkitan JERAWAT di muka anda? Anda harus berhati-hati dan berwaspada.


Doc nak bagi tau yang Permukaan Hp anda adalah media subur untuk tumbuhnya bakteria atau kuman. Kena rajin2 le bersihkan permukaan hp dgn spirit/alkohol sebab kita letak merata-rata & pegang macam-macam sebelum pegang hp kita. Kalau anda rajin bergayut dengan boyfriend atau Makwe berjam-jam menempelkan hp ke pipi anda ketika menelefon, bertambah le JERAWAT GALAK di muka anda!!

Lagi satu doc nasihat bagi yang menggunakan kosmetik muka yang ada minyak atau penggunaan bedak yg ada dengan foundation boleh menyebabkan habuk bedak atau minyak mudah tersumbat di pori-pori kulit anda. Jadi le jerawat berduyun-duyun. Niat hati nak Comel tapi hihi jadi Comot pula!!

Bagaimana Terjadinya Jerawat Di Muka Anda


A. Jerawat (acne vulgaris, acne) terjadi di kulit anda jika minyak berlebihan/sebum & sel kulit mati/ keratin menyumbat pori-pori bulu roma kulit atau ruang peluh anda.

B. Kemudian bakteria Propionibacteria Acnes (P. acne) kembang membiak di pori yang tersumbat tu. Maka pori tersumbat tu makin besar, bentuk benjolan & bakteri tu biak menembus lapisan kulit lebih dlm, menyebabkan inflamasi, iritasi (radang) & infeksi. Bintik-bintik MERAH atas kulit.

Ini di panggil Jerawat Pasir. Kalau infeksi melarat jerawat jadi lagi MERAH & membesar bila terinfeksi kilang peluh Sebaceous Gland. Maka jadi le JERAWAT BATU atau GUNUNG yg BERNANAH. Ini yang bagi bekas PARUT di muka. jadi le muka BULAN yang ada lurah dan gunung ganang!

C. Kalau jerawat bertambah, maka lebih banyak lagi sebum/minyak + keratin terbentuk di pori-pori kulit. Lagi banyak jerawat terbentuk dinamakan KOMEDO, ada putih dan hitam.

D. Jerawat bisa terjadi pada wajah, leher, dada, belakang badan, dan/atau pergelangan tangan bahagian atas.

E. Faktor-Faktor Menyebabkan Jerawat

1.Hormonal - Perubahan hormonal pada manusia akibatkan perkembangan jerawat, ketika baligh & menstruasi.
2.Genetik - Kecenderungan jerawat dalam keluarga berjerawat.
3.Psikologi - Depresi & stres pengaruhi perbiakan jerawat kerana hormon meningkat.
4.Kosmetik - (seperti di atas)
5.Ubat-Ubatan - Kegunaan ubat kortikosteroid, akibatkan daya tahan tubuh menurun, meningkatkan jerawat kerana aktiviti bakteri meningkat.
6. Handphone - (Seperti di atas)

Cara rawatan jerawat dan jagaan muka Doktor Abdul Rahim berkata akan kongsikan di masa akan datang.

Daripada
Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel 04 -6444181

Sumber Perkongsian dari Dr Abdul Rahim Nor

No comments

Powered by Blogger.