Header Ads

Pasar Terapung Di Hatyai Salah Satu Tempat Menarik Yang Mesti Dikunjungi Jika Ke Thailand

Jika anda melancong ke Hatyai, Thailand pasti tak lengkap kalau tidak singgah di kawasan pasar terapung iaitu syurga makanan di Hatyai. Di Hatyai sahaja terdapat 3 pasar terapung yang dikenali sebagai Floating Market Khlong Hae, Pasar Terapung Hatyai dan yang paling terbaru adalah Pasar Terapung Ban Pru.

Thailand

Jom kita ikuti perkongsian Norlaila Harun melalui facebooknya ketika beliau pergi ke Pasar Terapung Ban Pru sewaktu berada di sana.

Pasar Terapung Ban Pru yang terbaru terletak di daerah Ban Pru, Hatyai, Thailand, 14 kilometer dari pusat bandar iaitu dalam jangka masa lebih kurang satu jam dengan kereta untuk sampai ke sana. Tambang untuk Tuk Tuk lebih kurang bernilai 500 Baht sahaja dan tambang ini juga mempunyai harga yang berbeza mengikut rundingan dengan pemandu Tuk Tuk.

Ban Pru Floating Market

Pasar Terapung Ban Pru hanya dibuka pada setiap hari sabtu dari pukul 4.00 petang sehingga 10.00 malam sahaja.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang anda berada di sini selain makan-makan seperti Flying Fox, naik bot yang berharga 40 Baht untuk jangka masa 30 minit, aktiviti memanah yang berharga 50 Baht, menunggang kuda 50 Baht dan juga bermain di dalam belon besar 40 Baht dalam jangka masa 10 minit.

Katanya pasar terapung di Thailand hampir sama kesemuanya dan yang paling penting kita sebagai orang Melayu harus berhati-hati ketika ingin membeli makanan kerana makanan yang benar-benar halal dan untuk dimakan tanpa was-was agak sukar untuk didapati.

Waktu operasi pasar terapung hatyai

waktu operasi floating market

tempat menarik hatyai

makanan hatyai

hatyai thailand

tempat menarik

No comments

Powered by Blogger.