Header Ads

Pemain Bola Sepak Didakwa Gunakan Ilmu Hitam Untuk Menjaringkan Gol

Kigali, Rwanda - Seorang pemain bola sepak didakwa menggunakan ilmu hitam untuk menjaringkan gol dalam satu perlawanan bola sepak mencetuskan kontroversi.

Kelihatan Camara meletakkan sesuatu sebelum berjaya menjaringkan gol - Foto Harian Metro

Melalui satu perlawanan Liga Perdana Rwanda, penyerang team Rayons Sport, Moussa Camara telah beberapa kali gagal menjaringkan gol dan sepakannya hanya terkena palang gol.

Selepas itu, berdasarkan rakaman video perlawanan itu yang telah tersebar meluas di internet. Moussa Camara telah berlari ke arah pintu gol lawan lalu menunduk dan seperti meletakkan sesuatu di bahagian tiang gol.

Tidak lama selepas dia meletakkan sesuatu di tiang gol lawan dan Camara telah berjaya menjaringkan gol dan pasukan Rayons Sport mendahului lawan Mukura City denga 1-0 dan menguasai perlawanan tersebut.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.