Header Ads

Pemandu Bas Memotong Garisan Berkembar Yang Jadi Viral Tampil Memberikan Penjelasan

RANAU, SABAH - Video viral di media sosial sebuah bas yang menyalahi undang-undang memotong di garisan berkembar yang mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain, mencetuskan perdebatan hebat.

Pada kejadian jam 11.39 pagi di Jalan Ranau-Telupid itu, pemandu bas Dyana Express itu hampir menyebabkan kemalangan akan berlaku dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentang.

Video viral berdurasi 11 saat itu menunjukkan, mangsa terpaksa mengelak ke bahu jalan dan seperti terbabas ke tepi jalan sedikit untuk mengelakkan daripada bas tersebut yang memotong di garisan berkembar.

Disebabkan tindakan pemandu bas itu pelbagai reaksi netizen di media sosial sehingga mereka meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemandunya berdasarkan video viral tersebut.

Bas SD9599H Yang Viral | Foto Encik Gorila

Bagaimanapun, seorang lelaki bernama Muhammar Ghadafi Abd Mahar, dipercayai pemandu bas tersebut, tampil memberikan penjelasannya.

"Saya pemandunya SD9599H kelmari dari Kota Kinabalu ke Semporna. Kepada yang suka-suka viral ini, saya nak beritahu bahawa kamu bukan berada dalam bas pada waktu itu. Jangan pandai-pandai komen.

Foto daripada Saya Sayang Sabah

"44 penumpang saya yang berada di dalam bas itu semalam tidak bising. Inikan pula kamu yang hanya melihat gambar.

"Jangan samakan suasana pemandangan dalam bas dengan kereta. Orang yang begini, bagus saya tampar terus. Tengok dengan mata kamu sendiri dulu, bukan melalui orang lain," katanya berdasarkan screenshot yang tersebar di media sosial.

Malangnya, netizen tetap enggan menerima penjelasan pemandu bas itu dan menegaskan bahawa adalah satu kesalahan bagi mana-mana kenderaan yang memotong di jalan raya yang mempunyai garisan berkembar.

Sumber: The Reporter

No comments

Powered by Blogger.