Header Ads

Pemandu Bas Tidak Bertanggungjawab? Lelaki Ini Seorang Pemandu Bas Ada Jawapannya

PEMANDU BAS TIDAK BERTANGGUNGJAWAB?

Baru-baru ini viral berkaitan dengan kemalangan bas ekspres dan kebanyakkan pemandu bas dikecam kerana tidak mengamalkan pemanduan berhemah.

Terbaru seorang pemilik akaun facebook Normas Fazly A-Tok Nujum yang juga seorang pemandu bas menyuarakan keluhan, pendapat dan pandangannya berkaitan dengan isu pemandu bas melalui facebooknya. Pendapatnya adalah seperti berikut;


Bukankah lebih bagus kalau netizen memviralkan bahawa;

1. 90% Pemandu Bas TIADA GAJI BASIC RM900
2. SYARIKAT BAS TIDAK LAKSANA GAJI MINIMUM
3. 70% Pemandu Bas TIDAK DI CARUMAN EPF & SOSCO
4. Pemandu Bas Makan Gaji Trip Umpama Buruh Kasar
5. CUTI?

Public Holiday atau OFF DAY, Cuti Raya, atau apa saja jenis cuti bayaran tetap sama. Istilah cuti adalah tidak wujud bagi pengusaha bas.

Bila musim cuti, cuti perayaan, waktu ini ramai pelanggan dan waktu ini juga pengusaha bas akan bertungkus lumus untuk jana duit. Jika pemandu bas mengambil cuti pada musim cuti, tiada gaji, tiada duit dan silap haribulan cuti terus sampai bila-bila.

Menurut Normas Fazly, pendatang asing pun cuti jika di Malaysia cuti umum dan jika berkerja pada hari cuti umum mereka dibayar 'triple pay' tetapi tidak bagi pemandu bas.

Pemandu bas dikerah memandu berseorangan untuk perjalanan jarak jauh (seperti pemandu bas yang kemalangan baru-baru ini). Syarikat bas akan lepas tangan dan memberi berbagai alasan. Kerajaan atau Penguatkuasa seperti acuh tak acuh dengan sistem keselamatan pemandu bas.

Pendapat dan Pandangan

Kalaulah kerajaan mengiktiraf kerjaya Pemandu Bas ini sebagai kerjaya profesional pastinya akan menarik perhatian semua penganggur terutama lepasan universiti untuk berkerja sebagai pemandu bas.

Apabila ramai pemandu, akan wujud sistem giliran pemanduan yang lebih efisien dan mengurangkan kadar pemandu yang memandu dalam jangka masa yang lama. Sekaligus mengurangkan kadar kemalangan yang melibatkan bas ekspres dan secara tak langsung mengurangkan kadar pengangguran lepasan universiti dan institusi pengajian tinggi.

Apabila kerjaya pemandu bas ini telah diiktiraf oleh kerajaan pastinya semakan sistem gaji akan lebih tersusun dan juga sistem gaji akan diselaraskan.

Kementerian Pengangkutan Malaysia boleh memantau dan menyusun harga tiket, jadual perjalanan dan semua jenis permit.

Apabila ianya lebih sistematik, tersusun dan diiktiraf, semua ini akan menarik minat lebih ramai lagi mereka yang ingin menceburi bidang pemanduan ini.

Hakikat dan Kenyataan

Pemandu bas akan meninggalkan anak isteri berhari-hari, berminggu-minggu dan ada yang hingga berbulan lamanya adalah bukan pilihan yang baik. Namun, inilah nasib dan rezeki kami sebagai pemandu bas.

Bagaimana pun kami bersyukur, sekurang-kurangnya kami tidak makan rasuah, tidak makan, gaji buta, tidak makan duit tepi dan juga kami tidak terlibat dalam gejala yang tidak sihat.

Kerja telus dan ikhlas malah bertanggungjawab kepada keluarga, masyarakat dan berkorban apa saja demi kelansungan mencari rezeki dengan Nawaitu Lillahi Taala.

Syarikat? Claim insuran, keluarkan bas baru, cari pemandu baru dan perniagaan mereka jalan seperti biasa. Sedangkan kami dan keluarga kami merana.

Tindakan dan siasatan hanya wayang saja. Adakah kebanyakkan Penguatkuasa sudah di 'kawtim'? Nak buat operasi, mesyuarat berjam-jam lamanya. Kononnya nak terjah. Panggil buat Press Conference kononnya merekalah yang bersungguh-sungguh melaksanakan tugas menjaga keselamatan awam.

Tiba-tiba maklumat Ops tersebar. Siapa yang sebarkan? Pengusaha-pengusaha bas telah beri peringatan kepada semua pemandu bas berkaitan dengan operasi. Pemandu yang 'tidak bersih' direhatkan sementara.

Apa hasilnya operasi berkenaan? Tuannnn, kalau betul telus, tanggungjawab kepada awam, kalau betul nak buat operasi. Masuk ofis, punch card, panggil pegawai, panggil anggota, 10 minit maklumkan Ops, start kereta, terus ke lokasi.

Lihat saja kejadian yang terbaru. Pemandu bas terbunuh. Pemandu terpaksa membawa anak isteri untuk dijadikan teman dan pembakar semangat kerana keletihan bekerja. Akhirnya dia juga terkorban. Kerana apa? Kerana KELONGGARAN DAN KETIDAKTELUSAN PIHAK BERKUASA.

Kongsilah post ini, mungkin ada pihak yang ingin membantu membawa usul Kebajikan Pemandu Bas Ekspres ke pihak yang lebih peka dan bertanggungjawab demi kebaikan semua pihak terutamanya kepada pengguna perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan: 14 Maut Kemalangan Bas Di KM138 Lebuhraya PLUS Arah Utara Di Muar Johor

No comments

Powered by Blogger.