Header Ads

Pemilik Kedai Menafikan Hidang Katak Dalam Minuman Pelanggan

Kota Bharu - Pelik dan ajaib bagaimana seekor katak masuk ke dalam air minuman yang dibancuh menggunakan mesin pengisar. Jika betul dan sahih pastinya katak itu hancur lebur.

Heboh di media sosial apabila seorang pelanggan kedai makan di Pantai Sabak, Kota Bharu memuat naik satu gambar minuman 'Coconut Shake Oreo' yang mengandungi katak.


Adalah tidak logik dek akal jika katak tersebut masuk ke dalam minuman semasa minuman itu dibancuh menggunakan mesin pengisar. Berkemungkinan besar katak tersebut masuk ke dalam minuman berkenaan semasa minuman itu dihidangkan di atas meja pelanggan.

Terkini, pemilik kedai makan berkenaan menafikan dakwaan pelanggan tersebut melalui akhbar Sinar Harian.

Katanya, “Saya pun tidak pasti bagaimana seekor katak boleh berada atau masuk ke dalam air minuman tersebut kerana saya dan pekerja sentiasa memastikan kebersihan makanan dan minuman yang dihidangkan kepada pelanggan di kedai kami.

“Segala kelengkapan membuat air termasuk mesin pengisar dan ais krim sentiasa tertutup rapat dan jika benarlah katak itu masuk ketika kami membuat air, pastinya katak itu hancur kerana terkisar bersama-sama air kelapa,”.

Tindakan pemilik akaun facebook berkenaan dengan memuat naik gambar katak yang dibasahi dengan minuman 'Coconut Shake Oreo' akan menjejaskan reputasi kedai makan tersebut.


Pemilik kedai makan itu memohon maaf kepada semua pelanggannya dan meminta orang ramai datang ke kedainya seperti biasa kerana kejadian ini bukan kesilapannya. Dia mendakwa sentiasa menjaga kebersihan kedai dan kualiti makanan juga diutamakan. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.