Header Ads

Penampilan Ustaz Berkopiah Aktif Lakukan Jenayah Pukau Di Utara

Kes pukau kini bergiat aktif dan makin berleluasa di bahagian utara semenanjung Malaysia. Kes terbaru yang telah berlaku di daerah Kepala Batas, Pulau Pinang dan dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Effa Asyifa a.k.a Doktor Kipas.


Saya telah membuat laporan polis untuk kejadian yang berlaku baru-baru ini. Untuk penduduk sekitar Kepala Batas dan yang berdekatan, berhati-hati dengan orang yang tak dikenali dan pemukau ini sedang bergiat aktif dikawasan kita. IPD Kepala Batas juga sebelum ini pernah menerima aduan dan laporan tentang si pemukau.

Ciri-ciri manusia bertopengkan syaitan ini :


1. Berpakaian ala-ala ustaz / ulamak. Mungkin berjubah atau berkopiah. Saya sudah tertipu dengan penampilan ini.
2. Bercakap laju dan mungkin nak beli dengan bilangan yg banyak jika anda berniaga sesuatu.
3. Kereta yang dinaiki tinted dan ada pemandu. Ternyata saya tertipu dgn no plate palsu kereta dia. Licik!

Assalamualaikum..
Saya ingin mencelah dan mohon maaf jika mengganggu. Ada perkara mustahak yang ingin saya war-warkan untuk memberi peringatan (alert) kepada tuan2 sekeluarga di mana di kawasan kita (Kepala Batas, Bertam, Paya Keladi) ada sindiket penyamaran dan penipuan yang didalangi oleh seorang individu menggelarkan dirinya sebagai Ustaz dalam pencarian pihak berkuasa.

Seorang sahabat saya di Paya Keladi baru sahaja ditipu anggaran nilai ringgit RM2000 dan dia juga dianiaya kerana ingin membantu "ustaz" ini untuk urusan yang tidak wujud.

Modus operasi beliau adalah akan menghampiri mangsa di masjid, surau, car wash dan cuba berbaik dan memperkenalkan diri.

Beliau akan mula menceritakan hal-hal berkaitan tahfiz utk anak-anak, baitulmal dalam menarik minat mangsa.

Apabila terpedaya dengan imej dan melalui perbualan, beliau akan mengajak mangsa untuk membuat pelaburan untuk baitulmal dan pembayaran tertentu untuk kegunaan tahfiz. Selain daripada itu, pihak mangsa akan juga dihadiahkan sebotol minyak wangi tetapi di dalamnya adalah cecair seperti merkuri (tujuan seperti tindakan untuk memukau).

Utk kes terbaru ini yang baru dilaporkan di IPD Kepala Batas, suspek menggunakan nama Ustaz Hafiz, berpakaian berjubah, dari Tahfiz Ibnu Sina Bandar Baru. Menggunakan kereta Iswara dengan no plate KAW 757, WHK 5824 (tetapi no plate adalah palsu).

Sebelum ini 2 kes terbaru dilaporkan di Baling, Kedah bagi individu yang sama. No telefon yang digunakan adalah sama (tetapi tidak boleh didedahkan).

Kepada mana-mana pihak yang pernah terserempak atau mengalami kes seperti ini diminta terus melaporkan kepada pihak polis dengan kadar segera.

Nota: Suspek mungkin menggunakan pengenalan berbeza tetapi modus operandinya adalah sama.

Terima kasih atas perhatian tuan-tuan. Semoga kita dijauhi daripada penipuan sedemikian.

Wassalam.

Polis mengesyaki mungkin pemukau adalah orang yg sama. Untuk pengetahuan anda semua, PUKAU tiada di dalam kes jenayah yang mana agak sukar untuk dibuktikan.

Oleh yang demikian, tiada siasatan lanjut diteruskan sepertimana diperuntukkan undang-undang di bawah Seksyen 110 (a) & (b) Kanun Tatacara Jenayah. Walaubagaimanapun, kejadian ini masih dalam pemerhatian & rondaan serta pencegahan polis akan dilakukan. Moga "Ustaz" ini akan segera ke lokap!

Sumber: Effa Asyifa

No comments

Powered by Blogger.