Header Ads

Pengantin Baru Nyaris Maut Apabila Kenderaan Dinaiki Terjunam Ke Dalam Gaung

Pinang Tunggal - Seorang pengantin dan rakannya nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.


Kemalangan yang berlaku di persimpangan Pinang Tunggal ke Pantai Prai berhampiran logi air itu juga menyebabkan pemandunya cedera dibahagian kaki.

Difahamkan dalam kejadian 12.15 tengahari itu, kenderaan Perodua Bezza yang membawa pengantin itu baru sahaja pulang dari sebuah butik pengantin.

Saksi kejadian memberitahu dia ternampak kereta yang datang dari arah Taman Kempas itu tidak sempat membelok ke kiri dan terus melanggar sebatang pokok sebelum terjunam ke dalam gaung dan terbalik.


Pengguna jalanraya yang kebetulan melalui jalan berkenaan sempat memberikan pertolongan bagi mengeluarkan kesemua mangsa.

Kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital bagi menerima rawatan. Pengantin tidak mengalami sebarang kecederaan. Jarak tempat kemalangan dengan rumah pengantin di Kampung Pantai Prai hanya sejauh 3km sahaja.

Sumber: Mohd Amir Faizal dan Skuad Sungai Petani




No comments

Powered by Blogger.