Header Ads

Pengusaha Tadika Disamun Lelaki Bersenjata Api Di Terengganu

Seorang wanita pengusaha tadika disamun oleh seorang lelaki yang bersenjata api selepas keluar dari bank di dalam kereta miliknya di hadapan sebuah bank di Kuala Terengganu pada 11 pagi ini.

Suspek telah masuk ke dalam kereta mangsa dan mengacukan sepucuk pistol lalu mengarahkan mangsa bawa kereta ke suatu tempat dan telah berhenti di Taman Permint Jaya Chendering.


Kemudian suspek telah mengikat tangan mangsa dengan cable tight lalu mengambil sejumlah wang tunai bernilai RM6000 dan 2 utas rantai leher, 1 loket emas yang berbentuk kunci.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan terus melarikan barang-barang tersebut. Kerugian keseluruhan lebih kurang RM16000.

Menurut mangsa, mangsa mengeluarkan duit sebanyak RM850 dari bank dan terus masuk ke dalam keretanya jenis Wolkswegan Passac CC. Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali masuk dalam kereta dan mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.

Suspek mengarahkan mangsa membawa keretanya sambil pistol diacukan di peha mangsa. Dalam perjalanan suspek telah selongkar barang-barang di dalam kereta. Sampai di Taman Permint Jaya mangsa berhentikan keretanya atas arahan suspek dan suspek keluar dari kereta mangsa bersama-sama duit lebih kurang RM6000 dan barang kemas nilai lebih kurang RM10000. Suspek terus melarikan diri menuju ke perumahan Taman Permint.

Menurut mangsa suspek berseorangan dan bercakap loghat kelantan. Suspek memakai topi warna hitam, baju warna hitam berlengan pendek dan berseluar panjang warna merah maroon.

Menurut pihak polis, tiada sebarang kecederaan berlaku. Senjata api yang digunakan disyaki jenis Revolver 0.38.

Kes ini masih dalam siasatan polis dan Harian Metro. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.