Header Ads

Penjenayah Licik Tukar Barang Tiruan Dengan Barang Tulen Pekerja Tanggung Kerugian 5K

Niat bekerja tidak sampai sebulan untuk membantu suami menambahkan pendapatan tidak tercapai bila terpaksa menanggung hutang dan membayar kepada syarikat sebanyak RM5 ribu setelah didapati cuai dalam menjalankan tugas.

perempuan merompak

Keluhan dari Puan Nor Azureen Binti Sarudin yang baru saja bekerja di kedai emas tersebut tidak sampai sebulan.

Hari selasa lepas, Puan Erin dirompak oleh customer jahanam ni. Kerugian hampir RM5 ribu. Cara perempuan ini melakukan jenayah dan rompak boleh dilihat melalui rakaman video CCTV di bawah. Sungguh licik.

Dia pilih barang kemas yang sama dengan barang kemas tiruan yang ada dalam simpanannya dan tukarkan semasa urusan jual beli. Selepas selesai melakukan kerjanya, dia tergesa-gesa untuk beredar. Katanya dia nak pergi ambil kad kredit yang tertinggal dalam kereta. Tapi hilang macam tu saja.

Puan Erin tidak mengesyaki langsung yang perempuan itu telah menukar barang kemas itu setelah perempuan itu meninggalkan kaunter. Namun, Puan Erin pelik apabila barang yang ditukar itu tidak mempunyai tanda harga dan Puan Erin menyedari yang dia telah ditipu.

Sekarang tuan punya syarikat tempat Puan Erin bekerja menyuruh Puan Erin membayar ganti rugi kerana didapati cuai dalam menjalankan tugas. Kerja pun belum sampai sebulan tetapi perlu membayar hutang sebanyak RM5K.

Puan Erin meminta tolong kepada semua yang membaca post ini untuk menyebarkan gambar perempuan ini untuk keadilan. Jika ada sesiapa mengenalinya sila hubungi pihak berkuasa. Report Polis telah pun dibuat.




No comments

Powered by Blogger.