Header Ads

Rangka Manusia, Kad Pengenalan dan Basikal Dijumpai Di Dalam Semak

Kota Bharu - Satu rangka manusia, sebuah basikal dan satu kad pengenalan lelaki ditemui berdekatan antara satu sama lain di dalam kawasan semak di Jalan Taman Buaya, Kampung Badang pada pukul 4.30 petang tadi.


Kad pengenalan yang ditemui adalah milik seorang lelaki yang berusia 53 tahun juga seorang penduduk kampung berkenaan dikatakan telah dua bulan hilang dan dijumpai oleh seorang penduduk kampung yang melalui kawasan itu ketika ingin mengambil lembunya.


Rohani Mamat, salah seorang penduduk kampung itu berkata, suaminya mengatakan penduduk kampung ternampak rangka manusia ketika ingin mengambil lembu dan kad pengenalan itu adalah milik seorang penduduk kampung yang telah dilaporkan hilang tak lama dulu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan penemuan satu rangka manusia dan siasatan masih lagi diteruskan bagi mengetahui misteri disebalik penemuan rangka manusia ini.

Rangka manusia itu juga telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II(HRPZ II) untuk siasatan lanjut, katanya.


Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.