Header Ads

Saintis Temui Ekor Dinasour Berbulu Dalam Batu Yang Berusia 99 Juta Tahun Masih Terpelihara


Satu penemuan yang sangat mengejutkan dunia, satu fossil ekor berbulu yang dikatakan berusia 99 juta tahun milik dinasour ditemui seorang saintis.

Ekor berbulu yang bertulang itu ditemui di dalam batu ember sepanjang 1.4 inci masih dalam keadaan terpelihara kerana mempunyai tisu dan ia beku di dalam sebiji batu ember.

Menurut laporan DailyMail Batu tersebut telah ditemui di satu kawasan lombong di utara Myanmmar.

Bagaimanapun kewujudan fosil itu telah ditemui oleh saintis di satu pasar jalanan pada tahun lepas oleh ahli paleontologi, Lida Xing dari University Beijing.

"Saya tidak pernah menyangkakan yang kami boleh menemui cebisan ekor dinasour dalam batu ember. Ini adalah perkara yang sangat menakjubkan dalam kehidupan saya", kata Xing kepada NPR.

Mereka juga percaya bahawa batu ember itu yang mengandungi bulu dinasour adalah yang pertama yang masih terpelihara.

"Ianya adalah satu penemuan hanya sekali seumur hidup", kata rakannya, Ryan McKellar daripada Royal Saskatchewan Meseum Kanada kepada CNN.

Dikatakan juga, ekor dinasour yang berbulu itu merupakan hak milik seekor dinasour kecil yang wujud di masa pertengahan Cretaceous lebih kurang 99 juta tahun dulu.




Sumber: National Geographic dan Dailymail

No comments

Powered by Blogger.