Header Ads

Semua Al Quran Dan Telekung Dalam Surau Pekerja Diarahkan Oleh Pihak Pengurusan Dibuang Ke Dalam Tong Sampah

Menyedihkan apabila kes sebegini menjadi perbalahan di antara Melayu dan bukan Melayu di atas sebab tidak menghormati hak dan agama lain. Sepatutnya semua rakyat Malaysia telah tahu akan keharmonian di negara ini dan hak mutlak sesuatu agama harus dihormati.

Tapi tidak berlaku di satu syarikat besar yang amat dikenali di Malaysia dan mungkin seluruh dunia. Perkongsian sedih ini disampaikan oleh Nander Hassan Nander yang tidak ingin dikenali.


Salam Satu Melayu,

Baru tadi ada kes berlaku di Tesco Mutiara Damansara. Surau untuk kita menunaikan solat diarahkan dibuang segala isi di dalamnya. Semua Al-Quran dan telekung harus dibuang ke dalam tong sampah.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan tindakan semua pengurus bukan Melayu di situ. Akhirnya terjadinya pergaduhan dan perbalahan antara pekerja Melayu dan pengurus-pengurus Tesco yang berbangsa India.

Oleh kerana terlampau kecoh satu mesyuarat tergempar diadakan untuk semua staff di situ dan diberikan amaran agar tidak viralkan kes ini. Sekiranya didapati ada staff yang viralkan kes ini mereka akan terus dipecat serta merta.

Dari utara sampai selatan, dari timur sampai ke barat, apa pendapat anda semua berkaitan dengan pengurusan Tesco ini?

Sama-sama kita berdoa agar kaum sebangsa dan seagama dengan kita tidak ditindas dan dihina seperti ini.

Ini bukan isu perkauman atau agama tapi tentang isu menghormati hak dan agama lain. Itu sahaja. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga.

Staff nak buat report tapi digertak oleh pengurus semasa dalam mesyuarat. Jika sesiapa yang buat report akan dipecat.


Ayuh orang Malaysia mari kita viralkan agar management Tesco Mutiara Damansara dikenakan tindakan yang sewajarnya di atas sebab tidak menghormati hak dan agama lain.

Pekerja di Tesco semuanya dalam keadaan ketakutan kerana takut kehilangan kerja. Gambar-gambar di atas diambil oleh pekerja Melayu lain dan semua Al Quran dan telekung dikutip semula dari tong sampah dan diletakkan di dalam plastik. - Koleksi Viral

No comments

Powered by Blogger.