Header Ads

Seorang Pembantu Rumah Cedera Parah Didera Majikan Tanpa Belas Kasihan

PETALING JAYA: Pembantu rumah dipercayai warga Indonesia ditemui cedera parah dan pengsan terbaring di tepi longkang di Mutiara Damansara pada tengah hari tadi.


Mangsa yang berusia 19 tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamtan yang melalui kawasan itu di Jalan PJU 7/30 dan kemudiannya memberitahu pada seorang wanita yang tinggal di kawasan itu.

Wanita yang dikenali sebagai Puan Tai telah membawa mangsa ke klinik dan Balai Polis Mutiara Damansara berkata, mangsa ditemui dalam keadaan cedera parah dan cedera teruk pada muka, telinga, leher dan belakang badannya luka dipenuhi darah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pembantu rumah ini dipercayai didera oleh majikannya sendiri yang tinggal di kawasan ini dan polis juga sedang mengesan rumah majikan tersebut.


Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.