Header Ads

Suami Abaikan Solat, Kerana Didikan Isteri Yang Ikhlas, Akhirnya Suami Sangat Rajin Bersolat

Satu perkongsian yang amat menarik untuk dibaca oleh semua isteri-isteri yang mempunyai masalah berkaitan suami abaikan solat. Melalui perkongsian ini, Puan Dilla (bukan nama sebenar) memberikan nasihat dan tips untuk menangani suami yang malas bersolat.

suami abaikan solat

Saya nak kongsi berkaitan suami dan solat. Ramai isteri-isteri post tentang suami diorang tak solat dan malas solat. Tak kurang juga suami saya.

Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda. saya masih di universiti, manakala suami pula terus kerja selepas SPM. Kami kenal melalui satu event tak lama dulu. Suami nampak matang dari umurnya. Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya.

First time keluar dengan suami, kami pergi ke Pavilion. Masa tu kebetulan saya sedang uzur. Lebih kurang pukul 3 lebih, saya tanya suami, "awak tak solat zohor ke?" Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat atau hanya solat kadang-kadang.

Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia. Siapalah saya nak menghakimi dia kan? Saya pun manusia biasa.

Sejak dari itu saya tak putus menghantar sms, (masa tu whatsapp belum adalagi) dan saya call dia bila hari Jumaat. Bayangkan lah, solat Jumaat pun kadang-kadang saya yang kejut dia bangun.

Berkali kali call, baru bangun. Selepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama dan tak solat.

Keluarga dia memang tak menitikberatkan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena sebat. Tak kira lah lelaki ke perempuan.

Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin sebelah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu begitu saja. Mak dan ayah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham.

Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu. Tapi adik beradik lain, anak-anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je. Sedih saya masa tu dan paling benci orang abaikan solat.

Saya tegur suami, dia cakap, "family saya memang suka enjoy" akhir-akhir nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, "tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat" dia diam.

Alhamdulillah 4 tahun kemudian, kami bertunang dan kahwin. Solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid.

Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu. Adakalanya masa on the way balik kerja, dalam kereta dia cakap, "hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah" sejuknya hati.

Tapi, ada masa dia sangat-sangat malas nak solat, terutamanya solat isyak. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tidur sebelum solat. Dan dia cakap nak bangun pukul 3 atau 4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun.

Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergaduh, sampai dia maki dan tinggikan suara. Paling sedih bila dia cakap "kubur kita lain-lain, yang awak nak sibuk kenapa?"

Kadang-kadang saya rasa, faktor kawan sangat-sangat mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir dia bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh.

Jadi saya selalu ajak dia solat isyak jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara tu berkesan. Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni lagi. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangun lah. Kalau tak nak terpulang. Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi.

Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi? Saya juga selalu ingatkan, penat-penat kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua tak ada. Dia diam je.

Saya harap, isteri-isteri di luar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu. Janganlah perli atau kondem atau paksa dia.

Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia. Kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia.

Baru-baru ni, suami tanya pada saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum. Sungguh Allah itu dengar apa yang kita doakan. Insha Allah.

Wallahualam.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

No comments

Powered by Blogger.