Header Ads

Surat Untuk Pegawai Pemasaran KFC dan Sahabat Semua

Satu surat yang ditujukan khas kepada semua Pegawai Pemasaran KFC (Kentucky Fried Chicken) dan semua sahabat yang berada di Malaysia daripada A. Vinayaga Shanmuga Lingam.


Wahai Pengawai Pemasaran KFC & Sahabat Semua,

Satu soalan untuk anda berkenaan penyediaan makanan berasaskan Ikan Bilis.

Iklan di atas dari KFC dengan Simbol Halal.

Setahu saya, Pensijilan Halal memberi penekanan serius dalam aspek kebersihan pemakanan bermula dari punca sehinggalah ke akhir penyajiannya di atas meja makan kita.

Cubalah lihat ikan bilis tersebut dalam iklan KFC itu.
Kesemuanya masih dengan kepala dan boleh dilihat ianya tidak dibersihkan sepenuhnya.

Ia masih mempunyai bahan buangan dalaman (najis ikan bilis).

Penyediaan makanan seperti ini lazimnya berlaku di gerai gerai penjualan makanan seperti nasi lemak dan makanan lain yang dihidangkan bersama ikan bilis atau mempunyai ramuan berasaskan ikan bilis yang tidak dibersihkan sepenuhnya.

Saya masih ingat tak lama dulu, seorang sahabat Islam saya pernah berkata apa jua makanan yang tidak bersih atau dicemari unsur najis dikategorikan tidak halal.

Wahai Pengawai Pemasaran KFC & Sahabat semua,
Adakah ia sama dalam konteks iklan hidangan KFC ini yang ikan bilis tidak dibersihkan?

KFC sebuah organisasi yang besar, tak mampukah anda bersihkan ikan bilis itu sebelum buat iklan tersebut?

Kita perlulah Peka senantiasa jika ianya melibatkan aspek kebersihan makanan.

Renung-Renunglah Wahai Sahabat semua.

A.S.Vinayaga
Peminat KFC Sekeluarga

No comments

Powered by Blogger.