Header Ads

Suspek Kes Bunuh Tetak Remaja Ditahan dan Dua Pedang Samurai Telah Ditemui

Kota Kinabalu - Suspek kes bunuh remaja lelaki berhampiran pusat hiburan di Jalan Coastal, Kota Kinabalu semalam telah ditahan dan dua senjata yang dipercayai digunakan dalam kes ini telah ditemui.


Dua senjata berupa pedang samurai yang dipercayai telah digunakan dalam kes bunuh ini telah dijumpai di kawasan LIKAS.

Dua suspek yang ditahan telah memandu arah dan menunjukkan kepada Pegawai penyiasat ke tempat di mana senjata yang digunakan dibuang.


Sebelum ini Harian Metro melaporkan, remaja lelaki maut, tiga parah selepas dipercayai diserang dua lelaki tidak dikenali berhampiran pusat hiburan di Jalan Coastal, Kota Kinabalu.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Yacoob Nasran, 17, ditemui terbaring dengan dua kesan tetakan di dahi dan lehernya di lokasi berkenaan.


Melalui satu sumber yang mengaku mengenali remaja berkenaan berkata, mangsa bukanlah seorang yang jahat dan dia amat disenangi oleh ramai orang.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.