Header Ads

Taktik Terbaru Peragut Memujuk Kanak-Kanak Berselfie Sebelum Meragut

Bukit Mertajam - Memujuk dan mengajak kanak-kanak berselfie iaitu mendekati mangsa dan mengambil gambar sebelum meragut barang kemas kanak-kanak adalah taktik terbaru peragut yang telah dapat dikesan oleh pihak polis.

Mangsa ragut
Gambar Sekadar Hiasan -

Gelang tangan dan rantai leher adalah fokus utama peragut, suspek akan mendekati dan berusaha memujuk sehingga dapat mengambil gambar sebelum meragut barang kemas kanak-kanak tersebut dan melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata polis baru sahaja menahan seorang lelaki yang berusia 40 tahun di Seberang Jaya kerana terbabit dalam kegiatan jenayah ragut.

Modus operandi yang digunakan adalah dengan menghampiri mangsa sebelum memujuk bergambar dan setelah mengambil gambar suspek terus meragut barang kemas mangsa dan terus melarikan diri.

Dalam kejadian lain, seorang wanita kerugian sebanyak RM3,000 apabila anak perempuannya yang berusia 8 tahun telah diragut seorang lelaki di Bukit Tengah semalam.

Menurut wanita berkenaan, anaknya sedang leka bermain dan didatangi seorang lelaki yang mengajak anaknya bergambar dan meragut rantai leher dan gelang emas anaknya.

Lelaki yang disyaki penagih dadah itu telah direman untuk membantu siasatan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.