Header Ads

Taman Tema Terkenal Selamat Dikunjungi Dan Terlepas Dari Tuduhan Menjirus Air Suci Ke Kawasan Sekitar

Alor Gajah - Melalui satu status pengguna facebook yang mengatakan satu taman tema terkenal di Melaka menjalankan upacara keagamaan dengan menjirus 'Holy Water' ke kawasan sekitar taman tema jadi viral dan mencetuskan perdebatan hebat di media sosial.


Siasatan telah dibuat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengesahkan air yang digunakan dalam upacara keagamaan itu sebenarnya hanyalah air mineral.



Menurut Ketua Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani berkata, pasukan penguatkuasa JAIM telah pun membuat siasatan terperinci. Air yang digunakan dan dijirus ke kawasan taman tema adalah sebagai simbolik upacara keagamaan.

Ia hanyalah upacara tahunan yang diadakan mengikut kepercayaan mereka bagi mendapatkan keselamatan serta dimurahkan rezeki," katanya.

Mengenai tindakan seorang pengguna facebook yang memuat naik satu video berkaitan dan meminta semua rakyat Malaysia untuk tidak pergi ke taman tema berkenaan adalah tidak wajar kerana tiada siasatan dilakukan sebelum menyebarkan berita ini.

Pelbagai reaksi dan komen dari netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan status individu berkenaan.


Sumber: Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.