Header Ads

Thailand Haramkan Penggunaan Pelekat Cermin Hantu Bimbang Takutkan Pemandu

Tujuan penggunaan pelekat cermin bergambar hantu yang menakutkan sebenarnya untuk menakutkan pemandu yang seringkali menggunakan lampu tinggi di waktu malam di China namun kini tidak diterima di Thailand.

Idea ini telah mendapat perhatian di media sosial yang menyebabkan terjadinya perdebatan hebat.

Pelekat Kereta Gambar Hantu

Pelekat Cermin Hantu Diharamkan Di Thailand

Laporan dari Harian Metro: Pelekat itu yang dilekat di cermin belakang kenderaan mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus menyebabkan kemalangan.

Imej hantu itu tidak kelihatan pada waktu siang tetapi muncul pada waktu malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang.

Pelekat itu digunakan di China sebelum ini bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.

Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan semalam memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain.

Walaupun tiada lagi aduan mengenai penggunaan pelekat itu di Thailand, tetapi pihak berkuasa mengambil keputusan untuk mengharamkannya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248).

“Keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan itu. - Agensi





No comments

Powered by Blogger.