Header Ads

Tips Penjagaan Bebird Selepas Berkhatan - Dr Abdul Rahim Nor

Selepas selamat berkhatan atau bersunat, adik-adik semua akan masuk ke fasa baru iaitu alam dewasa dan matang begitu juga dengan akhil baligh. Penjagaan 'bebird harus diutamakan terlebih dahulu supaya proses penyembuhan menjadi lebih cepat dan sihat.


Perkongsian bagaimana penjagaan 'Bebird' selepas berkhatan dikongsikan oleh seorang Doktor yang bertauliah iaitu Doktor Abdul Rahim Nor atau lebih dikenali sebagai DrRich DrRahim.

Tips Penjagaan Bebird Selepas Berkhatan

Tahniah doktor ucapkan kepada semua kanak-kanak yang baru je di "sembelih" bebird mereka. Dah jadi abang Macho la ni nu. Kalau dah "sembelih", macam mana jagaannya bebird selepas tu?

1. Sedikit Panduan Selepas Berkhatan

A. Selepas dikhatan, kanak2 seharusnya direhatkan je. Kurangkan aktiviti lasak. Elok relax dibaringkan je.

Jadi RAJA je. Mesti emak ayah layan je. Doc nasihat jangan over je. Kesian emak ayah pula nu. Pastikan TIADA PERDARAHAN AKTIF dikawasan khatan bebird dlm tempuh 3-4 jam lps khatan. Klu ada perdarahan aktif jumpa doktor kembali. Pakai kain supaya elak bebird yg baru khatan TERGISIR je....Aduuh Mak!!

B. Jangan guna ubat/ minyak yg tak disarankan oleh doktor. Guna ubat tahan sakit, antibiotik yg diberi doktor je. Yg penting jaga KEBERSIHAN bebird je.

C. Lepas kencing, cuci kepala bebird dgn tisu basah. Elak terkena air atau air kencing pada kain pembalut atau klam. Kerana akan terjadi infeksi.

D. Pantang cara Melayu mungkin baik. Tapi makanan diberikan hendaklah yg best-best seperti ikan, daging, ayam, sayuran & buah yang mempercepatkan proses penyembuhan.

E. Masa mandi. Elok lap-lap je atau sapu badan dengan kain basahan. Hihihi cekup je bebird dgn cawan atau plastik lama untuk elak kena air jika mandi. Baik2 ye....hihihi jangan buat lupa pi guna cawan atau plastik ni sebagai alat minuman pula ye.

F. Semasa proses membuka balutan atau klam adalah proses paling sukar kerana ada kanak-kanak yg manja, ada yg dah fobia masa khatan yang lalu, ada yang tahap kesakitan rendah akan merasa kesakitan lebih akibat luka yang baru kering.

Bagi doktor, mudah je, doc buang kain pembalut tu dalam SEKELIP MATA je. (2 sec je!..Ce tanya gang2 emak ayah yang bawa anak mereka buang kain pembalut khatan tu di Klinik doc. Mudah je doc buangkan!!)


2. Tips Lepas buang kain pembalut.( 4-5 hari selepas khatan.)

A. Tiada atau ada sedikit 2-3 titik darah. Tapi banyak air bisa je. Cuci atau lap dengan tissu kering setiap 3-4 jam sekali supaya dalam proses penyembuhan TIADA RUPING atau DARAH beku melekat pada "LEHER Birbird" tersebut. Anda boleh sapu cream antibiotik atau biar saja serta jaga kebersihan je di bahagian khatan tu.

B. Ada juga bebird BENGKAK (Bentan) semasa buang kain balut.. Hihihi bukan kerana MINUM AIR BANYAK....Tapi hihihi "BUAS" lompat merata sangat lepas khatan. Kalau BENGKAK dan KEMERAHAN...tu ada INFEKSI. Jumpa doktor untuk dressing dan ambil antibiotik.

C. Doc nak bagi tau yang kanak-kanak lazimnya akan sembuh khatan dalam tempoh 7-10 hari selepas berkhatan.

Kalau dah baik, emak ayah kena kotakan janji le...nak pi makan angin..hihihi.

Doc ucapkan Tahniah kepada anak anda yang dah khatan jadi anak dewasa Muslim. Didiklah mereka dgn pelajaran dunia dan agama. Untung Dunia, Untung Akhirat.

Bersunat

Daripada
Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel 04 - 6444181

Sumber: DrRich DrRahim

No comments

Powered by Blogger.