Header Ads

Trauma Budak Bersunat Jadi Mangsa Viral Di Media Sosial

Video budak bersunat atau berkhatan jadi viral. Trauma akibat menjadi bahan buli akan diingat sampai bila-bila dan mungkin seumur hidup jika keterlaluan dijadikan bahan ejekan dan mangsa viral sama ada di sekolah, di luar rumah dan di mana saja yang orang mengenalinya.

Bersunat

Memang ada betulnya apa yang ditulis oleh saudara Mufarwa Farid, sila baca dan fahamkan perkongsian ini dengan baik.

Budak Bersunat Jadi Mangsa Viral

Dalam banyak-banyak perkara, perkara yang terbodoh yang pernah dilakukan adalah mengambil video budak tengah bersunat, lepas tu upload kat media sosial.

Yang page-page viral ni pun seronoklah share sama, dan kemudian, benda tu jadi viral. Dah jadi viral, maka budak tu jadilah bahan gelak di seluruh negara.

Benda ni bodoh tau tak. Ya, benda tu kelakar. Tapi benda tu amat memalukan. Budak-budak yang bersunat ni bukannya takde kawan.

Kalau kawan-kawan dia tengok, benda tu akan jadi bahan buli, dan ia akan berlarutan sampai bila-bila. Ia akan jadi bahan buli masa sekolah rendah, dan juga jadi bahan buli masa menengah.

Kesannya, tak payahlah aku cerita panjang. Sekolah akan jadi tempat paling trauma yang dia pernah duduk. Esteem dia akan jadi sangat rendah. Elok-elok berkhatan jadi memori indah, tup-tup jadi peristiwa ngeri dalam hidup dia.

Kau bukan tahu pun benda-benda ni. Kau dulu pun mana pernah fikir perasaan kawan kau. Tu sebab dah besar perangai iblis.

Serius, benda ni tak kelakar tau. Aku kesian betul kat budak yang diambil video dan dibawa merata. Kau ketawa lah, tapi dia? Kau bukan peduli pun kan?

Apabila ramai bebudak sekolah jadi bermasalah, kau bandingkan diri kau yang dulu dengan bebudak sekolah sekarang. Padahal, diorang jadi macam yang ada sekarang sebab orang dewasa macam kau lah membentuk generasi zaman sekarang.

Tolong,aku merayu, janganlah share video budak-budak berkhatan, atau gambar-gambar yang memalukan diorang. Yang tukang post, jangan post. Yang tukang tengok, janganlah share. Lebih bagus, kutuklah perbuatan ini.

Dulu kita pun sama juga. Macam-macam ragam waktu berkhatan. Tapi masa tu, takde siapa yang shoot video lepas tu paparkan kat orang awam.

Kau suka ke kalau kau tengah bersenggama, bini kau ambil muka kau tengah berpeluh-peluh buat benda tu lepas tu pergi post kat Facebook? Suka?

Jangan terkejut, generasi masa depan viralkan pulak benda-benda tu. Sebab kejahatan yang besar selalunya dimulakan daripada kejahatan yang kecil. Hari ini video berkhatan jadi viral, hari esok, video apa lagi jadi bahan kelakar.

Jagalah aib orang, nescaya Tuhan akan jaga aib kau. Ingat tu.

Sumber: Mufarwa Farid

No comments

Powered by Blogger.