Header Ads

Viral Al-Quran Dijadikan Alas Kaki, Sungguh-Sungguh Biadap

Al-Quran kini telah dijadikan sebagai alas kaki. Semakin biadap si pengeluar alas kaki ini bila memasukkan ayat-ayat Al-Quran ke dalam alas kaki.


Penemuan kertas mengandungi ayat-ayat Al-Quran itu telah ditemui oleh seorang lelaki warga Indonesia, sewaktu isterinya sedang mencuci alas kaki berkenaan, pada Ahad, 27 November 2016.

Menurut Fauzi, dua alas kaki tersebut dibelinya di Pasar Prambanan di sebuah kedai, Daerah Istimewa, Yogyakarta, Indonesia.

Fauzi berkata, sewaktu isterinya mencuci tiga alas kaki itu di ruamhnya, dia terperanjat bila mendapati permukaan bawah alas kaki itu menunjukkan bayang-bayang kertas yang tertera aksara Arab.

Gambar itu kemudian dimuatnaik dan viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai.




Di Malaysia, disebabkan kes ini ada netizen membuat keputusan untuk memeriksa alas kaki mereka yang dipercayai dibeli dari pengeluar yang sama. Dan hasilnya turut ditemui kertas-kertas yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran.


Sumber: Kamariah Ali dan OMM

No comments

Powered by Blogger.