Header Ads

Wanita Kesayangan Mertua Disihir Biras Sendiri Kerana Hasad Dengki Dan Sakit Hati

Tergamaknya biras menjadikan sihir sebagai jalan penyelesaian untuk memuaskan hati kerana sakit hati dan hasad dengki.

Ikuti luahan rasa dan perkongsian daripada seorang wanita yang ingin nama dirahsiakan. Semoga menjadi teladan kepada semua yang membacanya.


Saya manusia biasa. Ada hati dan perasaan seperti orang-orang lain dalam dunia ni. Apa yang akan anda rasa apabila di sihir biras sendiri?

Mulanya saya cuba untuk tak nak percaya. Tapi saya berubat dan pergi ke banyak tempat, semua berikan jawapan yang sama. Tetapi bila saya fikirkan semula, sebelum dia 'serang' saya, dia selalu perli-perli saya.

Tapi saya tak ambil kisah pun sebab saya memang tahu, dia memang tak sukakan saya dari mula lagi. Sebabnya, dia dengkikan dengan apa saya ada.

Suaminya tak kerja. Apa boleh buat, diorang kuat berangan. Lepas tu, bila kami tukar kereta baru, pegi sana sini bawak anak-anak jalan, diaorang jadi sakit hati.

Selepas itu dia menghasut mertua supaya bencikan saya. Tapi agaknya sebab mak mertua tak termakan hasutan, dia sanggup sihirkan saya. Sekarang saya dah berubat dan ustaz pun ada bagitahu, dia tahu saya dah berubat.

Dan memang betul, bila balik kampung, dia cuba mengelak dari bertemu dengan saya. Saya ada cuba mesej dia, sengaja saya cakap saya tak sihat dan sedang berubat serta akan pulangkan semula apa yang orang  tu dah hantar pada saya. Dia memang cuba mengelak untuk bercakap hal ini.

Saya rasa saya dah tak ada hati nak sayang dia sebagai biras saya dan saya rasa saya memang tak ingin lagi berjumpa dengan manusia macam ni.

Tapi, apa boleh buat, saya tetap juga akan bertembung dengan dia bila balik kampung nanti. Nasihat saya pada semua org luar sana, hentikanlah perangai busuk hati dan hasad dengki tu.

Sekarang saya tengok, mereka suami isteri, hidup macam tu jugak, kalau bahasa kasarnya, merempat. Tapi itulah, hati tu jahat, dengkikan apa usaha orang lain nak majukan diri.

Jangan la kita dengki dengan kejayaan orang lain. Sudah-sudahlah nak berkerjasama dengan hantu syaitan tu. Korang tak dapat gaji pun, kerja dengan hantu setan tu. Muka bertambah hitam, hati bertambah hitam, hidup lagi kucar kacir porak peranda. Sama seperti suami isteri tu.

Saya pernah cakap dengan suami saya, andai ditakdirkan Allah saya mati akibat sihir orang, apa boleh saya buat sebab dah takdir dan ajal saya begitu.

Tolong doakan saya. Saya masih lagi di dalam proses berubat dan doakan biras saya tu insaf dan bertaubat kepada Allah...

Sumber Hamba Allah

No comments

Powered by Blogger.