Header Ads

Wanita Yang Didakwa Menampar Seorang Makcik Cleaner Mungkin Tidak Bersalah

Video viral seorang makcik cleaner yang mendakwa dia ditampar oleh seorang wanita di Stesyen Minyak BHP, Hentian RNR, Pagoh Selatan, Muar, Johor mencetuskan perdebatan hebat di media sosial.

Kes tampar cleaner

Terbaru kami menerima mesej daripada pengguna fb yang mendakwa dia anak makcik tersebut mengatakan ada seseorang yang tidak ingin dikenali telah menghantar mesej kepadanya dan memberikan alamat facebook seorang wanita yang dipercayai India Muslim.

Mesej itu juga bersama beberapa 'screen shot' gambar profile wanita berkenaan yang dikatakan telah menampar dan mengugut makcik cleaner itu beberapa hari lalu.

Melalui mesej itu dia meminta agar gambar profile wanita berkenaan disebarkan namun pihak Koleksi Viral tidak akan berbuat demikian kerana kes ini masih lagi dalam siasatan dan adalah menjadi kesalahan jika menyebarkan sesuatu berita yang belum tentu kesahihannya.

Dalam pada itu, kami juga sertakan keratan status wanita berkenaan yang memberitahu seperti berikut:



Wanita berkenaan meminta kepada semua agar tidak lagi menyebarkan kes ini kerana semuanya masih lagi dalam siasatan. Melalui statusnya seperti di atas, memang ada kebenarannya.

Kita serahkan saja kepada Polis untuk membuat siasatan dan mulai sekarang hentikan semua spekulasi yang tidak betul selagi belum ada pengumuman dari pihak Polis.

No comments

Powered by Blogger.