Header Ads

10 Jenis Pekerjaan Yang Paling Stress Untuk Tahun 2017


Dunia perkerjaan bukanlah seperti yang kita sangkakan. Tak semuanya seronok dan indah seperti yang kita fikirkan. Setiap hari dan masa pasti ada saja perkara yang terjadi yang menyebabkan kita stress dan tertekan di mana saja kita berkerja.

Setiap tekanan pasti terjadi dalam berbagai sebab dan musabab, antaranya cara berkerja, keadaan tempat kerja, permintaan yang tinggi daripada majikan, kerja yang banyak dan berbagai lagi jenis tekanan yang berlaku.

Terkini, CareerCast telah senaraikan 10 pekerjaan yang paling stress bagi tahun 2017 dan mata stress juga diberikan mengikut setiap jenis pekerjaan. Mata stress tersebut bermula dari 0 mata hingga ke 100 mata untuk dinilaikan.

Anda pasti terkejut kalau pekerjaan anda juga tersenarai di dalam senarai yang diberikan oleh CareerCast pada tahun ini.


1. Tentera
Pekerjaan tentera atau askar ini memang berisiko tinggi kerana nyawa yang menjadi taruhan dan ahli keluarga perlu ditinggalkan sementara.
Mata stress: 72.74


2. Bomba
Ahli bomba juga seperti tentera kerana turut melibatkan nyawa mereka untuk memastikan tugas mereka selesai.
Mata stress: 72.68


3. Juruterbang
Siapa kata jadi juruterbang tidak stress? Tanggungjawab menjadi juruterbang sangat besar serta memerlukan pengetahuan yang luas sebelum melayakkan diri membawa sebuah pesawat.
Mata stress: 60.54


4. Pegawai Polis
Tidak mudah untuk menjadi seorang anggota polis apabila turut melibatkan diri menjaga keharmonian negara serta nyawa juga menjadi taruhan.
Mata stress: 51.68



5. Penyelaras Acara
Proses untuk menjayakan sesuatu majlis dan acara memang agak rumit dan susah, telalu banyak hal yang perlu diambil tahu serta perhatian. Ia juga melibatkan ramai orang. Kerana itulah kerjaya ini boleh memeningkan kepala.
Mata stress: 51.50


6. Wartawan Suratkhabar
Bagi mereka yang tidak tahu, wartawan ini terbahagi kepada banyak kategori, ada wartawan majalah dan suratkhabar. Kedua-duanya mempunyai tarikh 'mati'  yang perlu diikut namun begitu untuk suratkhabar ia lebih stres kerana tempoh masa yang pendek dan setiap hari.
Mata stress: 49.90


7. Eksekutif Korporat (senior)
Menjadi tulang belakang di sesebuah syarikat bukan mudah apatah lagi banyak perkara yang perlu diambil perhatian. Selain itu, seorang eksekutif perlu cepat membuat keputusan dan tangkas membuat tugasnya.
Mata stress:  48.56


8. Eksekutif Perhubungan Awam
Skop kerja yang hampir sama dengan wartawan akhbar namun pegawai perhubungan awam bertanggungjawab untuk menjaga imej syarikat.
Mata stress: 48.50


9. Pemandu teksi
Dengan adanya Uber dan Grabcar pada masa kini, pemandu teksi sering dihimpit kebimbangan untuk mendapatkan penumpang dan ditambah lagi dengan hanya duduk di dalam kereta sepanjang hari serta berulang alik ke sana ke mari sudah cukup menambahkan stress.
Mata stress: 48.18


10. Pembaca berita (Televisyen)
Untuk menjadi seorang pembaca berita bukanlah satu yang mudah apalagi di hadapan kamera malah jika ia adalah siaran lansung maka tidak harus ada kesalahan langsung.
Mata stress: 47.93

Setiap pekerjaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun yang paling penting adalah bagaimana cara kita berkerja. Tidak perlulah membuat perbandingan yang keterlaluan yang pasti setiap pekerjaan harus dilakukakan dengan penuh tekun dan minat supaya pekerjaan kita itu lebih berjaya di masa depan.

Sumber: Sinar Online

No comments

Powered by Blogger.